Recent update
4 dalam 1
August 30th, 2008 by wizurai31
Dengan nama Tuhanku yang Maha Agung..
alhamdulillah..hamba ini mampu menulis lagi utk catatan harian di sini. Sepatutnya aku nk tulis semalam(berangan nk tulis time ambang merdeka) tp apekan daye..connection lak fail..aiseyy..spoil sungguh..(bukan sebab tertido aaa..)
Anyway, di pagi merdeka ini aku pun berangan nk tulis gak. Tp tertido pulak. Makanya tgh hari yg sejuk lagi mendung ni baru aku berkesempatan nk menconteng blog ni. Hohoho..
4 dalam 1..kali nk aku nk tulis 4 tajuk dlm 1 post. Waaaa..bnyknya! Ikut sukalah sesape nk baca smpi habis ke nk baca separuh2 ke xnk baca pun xpe. Hohoho..aiman xkesah!
Selamat Menyambut Merdeka!!!
Hari ni 31 ogos 2008. Kita merdeka 31 ogos 1957. Dh 51 tahun merdeka. Rupanya muda lagi Malaysia ni kan? Baru 51. Tapi macam2 yg dh berubah. Dari kehidupan material hingga kehidupan sosial. Jom kita fikir sama2. Perubahan tu makin elok ke makin xelok? Kita ngaku kita warga merdeka. Ye terpekik terlolong jerit merdeka. Bawak basikal taruk bendera. Keta taruk bendera. Rumah taruk bendera. Aku rase kalo bulih baju pun nk taruk bendera.
Tp di sebalik semua itu, apakah erti merdeka sebenar2nya? Cuba renung gaya hidup kita. Siapa lebih berpengaruh? Siapa yg mempengaruhi?
Kalau seorg ank gadis sopan sikit pakai baju tutup2 ckit mesti kena cop ‘Ala..budak kampung.’ Lalu bersedihla si ank gadis tadi kerana xikut trend. Silap2 hari bulan kalau xkuat iman… Korg ajela pikir kesudahannya. Kalau seorg ank teruna xmerempit pulak dicopnya ‘Kau ni pengecutla. Ajak racing pun xnk.’ Lalu ank teruna yg ni pulak terasa kejantanannya tercabar lantas menobatkan diri sebagai raja jalanan. Try2 buat gaya ala2 superman, spiderman ataupun cicakman.
Sume di atas contoh je. Ikut suka kalian la nk pk contoh ape. Tu baru muqaddimah je. Maka, apakah sebenarnya erti kemerdekaan? Adakah dgn mengikut trend2 yg disebarkan melalui media2? Atau adakah dgn meniru aksi gaya mutu keunggulan berani mati katak di tgh jalan? Kata dh merdeka, tp pemikiran xkan low class kut smpi kdg2 xboleh langsung nk fikir yg halal dan haram? Syubahah xyah cakapla.
Aku bukan nk marah. Tp sedih. Situasi negatif makin menjadi2. Dan yg terpengaruhnya x lain x bukan aku jugak, keluarga aku jugak, kawan2 aku jugak, org2 yg aku sayang jugak kena. Lalu utk apakah aku menulis di sini? Nk suruh korg berubah? Oh, tidak sama sekali. Aku ni hina. Xlayak. Ilmu pun xbnyk mana. Aku menulis supaya ada jugakla sedikit peringatan utk aku supaya xjadik buih mcm ramai2 org, supaya aku tegar macam logam. Supaya nnt org yg membaca blog ni tolong ingtkan aku bila aku cm dh terkeluar dr landasan. “Kd,ko ingt x ko penah tulis bla..bla..bla..kat blog ko.” (hehehe..perasan cm ade je org bace) Mekaseh kat org2 yg sudi ingtkan aku.
Lalu apekah erti merdeka yg sebenarnya?
Marhaban ya Ramadhan.
Yeay..esok pose..yeyeay..Malam ni g terawikh kat masjid yok.
Definasi puasa ramadhan ketika tadika.
Seyes aku xtau puase tu ape smpi aku umo 6 tahun. Huhuhu..
Definasi puasa ramadhan ketika sekolah rendah.
Pastu bila aku balik dr sane baru aku tau puase tu apa. Xmakan xminum smpi terbenam matahari. Kalo xpuase xdpt duit raye. Hehehe..lagi satu takut kawan2 ejek. -_-”
Definasi puasa ramadhan ketika sekolah menengah.
Ni peluang keemasan nk doa bnyk2 ni. Nk peksa pmr nk dpt 8A. Nk pekse spm nk dpt 10 A1. Nk doa supaya dpt jadik doktor.
Definasi puasa ramadhan kini.
Aku masih sedang memikirkannya. Kerana kalau nk ikutkan definasinya sungguh luas. Dan setakat ini aku mendgr pelbagai pandangan dan pendapat. Ada org kata puasa ni membersihkan perut kita setelah setahun dia penat kerja. Ada org kata puasa ni nnt dpt meningkatkan ibadah kita. Dan mcm2 lagi. Aku setuju dgn semua pendapat. Dan kini aku berpuasa sebab Allah yg suruh. Dia yg suruh aku buat baik time puasa. Dia yg suruh aku kejar malam lailatul qadar. Dia yg suruh. Kenapa Dia suruh? Agar aku bulih jadi antara org2 yg bertaqwa. Huhuhu..mampukah aku?
SELAMAT BERPUASA KAWAN2..MOGA RAMADHAN KALI NI MENINGKATKAN KEIMANAN KITA.
P/s: Jgn lupe tgk upin dgn ipin tau..^_^V
Selamat Menghadapi Tahun ke-2.
Klas aku start esok. Tp aku masih kat malaysia. Hehehe..habislah aku.
Ni azam sem baru aku.
1. Nak jadi budak baik!
2. Nak pegi lecture penuh2.
3. Baca buku banyak2.
4. Kurangkan tidur lagi.
5. Memperbaiki bahasa Russia.
Kepada kwn2 aku, ingtkan aku 5 perkara ni ye.=)
Selamat datang kepada juniors.
Kepada adik2 aku yg bakal dtg ke uni ni, hehe..selamat dtg aku ucapkan. Expect the unexpected. Hidup x seindah mimpi.
Wallahu’alam..
Posted in Current Affairs, Uncategorized | | | 2 Comments
5 minutes with a sabahan…
August 27th, 2008 by wizurai31
In the name of Allah the Creator of humankind..
alhamdulillah..eventhough i’m busy right now packing my things..still got the time to ‘conteng’ in dis blog…alhamdulillah again..
last monday i was on my way to my sister’s place sumwhere in kl.(or near it or i dunno where it’s actually located) Nway, that’s not the point.(aiseyy..aku ni kuat merapu lak.) As i was traveling wif myself to the ktm station in klang, i met a lady. She was on her way to an interview in klcc.
At first, we were actually waiting for a stranded train from pelabuhan klang. Mayynnn..was it a long wait. But for me it paid off. She made me think. (again thinking is very useful.) =P
first up : don’t talk to strangers.
This is a lesson that we all learn since kindergarten or even before that. 4 me, it’s true that we can’t actually trust someone we’ve just met by the road side or what not but what if that someone is a muslim? Would we be prejudice of our own sisterhood or brotherhood? Or would we think like ‘She must have sumthing up her sleeves.’ or ‘She’s on to sumthing. Is she trying to rob me?’
And the big Q is “Can we actually be prejudice of our own muslim people?”
I’m tired of listening people saying..don’t talk to a stranger..never trust sumone u just met..don’t be a fool for thinking that all muslim is good.. How cn they say such words? Is it not that the prophet once said “A muslim is a brother to another muslim.”? Why do we have to bare sumthing negative in mind and judge a book by its cover? How cn we afford to say such things when the prophet had already told us to husnuzzon(think positive) about other people regardless apa pun. All i want to say is sampai bila nak bersatu kalau perasaan buruk sangka tu masih ada dlm diri?(ditujukan kepada diri sendiri) But mark this..i’m not saying that we should not becareful with people ok. (taqwa itu berhati-hati jugakan?)
Moving on wif my story. And so i chat wif her all the way to subang. (ok2..kantoi..it wasn’t a 5 minutes chat. It was a very long one but most of it i was merepek..ehe..-_-”) Like to call it 5 minutes bcoz seems like shorter..hohoho..(diakui oleh sirim aku ni kuat merepek) Then she gave me a lot of advices. Respect her for that. Xkedukut ilmu.
second runner up : Don’t be tooo afraid too share.
What amazed me was this lady is totally like a sis. Yeah, a lot of advices she gave to me. (actually she was kind of pelik herself, she said that usually she was not always this comfortable wif a new person and yet she still talks to me like she knew me.) Ehe..i’ll take that as one of my charms..cewahh (astaghfirullah..xbermaksud pun) She told me how lucky i was to be one of the selected to pursue my studies abroad. We shared a lot of stuff actually(not gonna write the girl stuff here..hehehe..)
next stop : hanging on.
One of the things that she told me was ‘Adik, kalau misalnya kita rasa sedih sangat xpun rasa susah sangatkan, kita try tgk balik apa yg kita usahakan selama ini. Kita try tgk balik susah payah kita utk sampai tahap sekarang ni. Kita jernihkan balik niat kita. Utk apa sebenarnya kita buat semua ni? Kita fikir balik kenapa kita ada kat jalan ni. Adik sgt untung kalau nk banding dgn org lain. Dah terpilih utk jlnkan tanggungjawab ni.’
I was touched by the words of this lady. She gave me more inspirations. Yup..that’s what i need to keep me hanging on..thanks for the words sis..=)
Conclusion? Well, u can c that i talk to strangers. I don’t mind talking as long as the person likes to talk.(Sebab baru de chemistry nk membebel dgn lebih bnyk..hahaha..) And most important stuff why be prejudice if the person is a muslim? Some might not agree but i’ll live u guys with ur own thoughts. (oh yeah, forgot to mention by talking to a stranger i mean if u r girl then talking to a lady. Not talking to man. That one bahaya la.. If u r a boy then talking a guy should not be a prob.
Wallahu’alam.
Posted in 5 minutes with... | | | 0 Comments
afala tatafakkarun?
August 23rd, 2008 by wizurai31
Dgn nama Allah yg Maha Mengtahui Segala isi hati..
Alhamdulillah..ho ye..ho ye..dptlah aku menconteng lagi dekat blog ni dgn
izinNya. Sekali lagi masih bersyukur aku masih berada dlm nikmat islam, nikmat
yg mane xsume org dpt dan meskipun dpt xsemestinya merasai…dan hamba yg hina
ini akan tetap bersyukur dan sentiasa bersyukur.
Ha…ape ye aku cite? Oh ye aku ni baru je balik dr sebuah negeri kat pantai
timur ni. Negeri kelahiran arwah ayah aku. Negeri yg mana xyah le aku sebut.
Xbyk pun ada dua je..eh ke tiga ek? Yg penting negeri cik siti wan kembang.
Kalo xtau gak pegi bukak sejarah. (Sebenarnye aku pun xtau beliau tu
sape..sesape nk kongsi dgn aku beliau tu sape maka bulihla..sharing is
caring..=P)
Dan for the first time in 19 years of my life coming back to and fro from this
state aku baru nk kata aku sukeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee gile negeri
ni…hehehe..sebelum ni xsuka ke? Tu sejarah lama yg xde maknenye pun kalo aku
nk citer. (tp utk iktibar mungkin juga aku ceritakan) Yg penting bila cinta itu
dtg jgn biarkan ia pergi kerana rahmat Allah ada bersamanya. Dia yg menciptakan
kasih sayang dlm hati manusia. Dia Maha Penyayang.
Apa yg best sgt?
Best sebab aku byk berfikir di sini insyaAllah. Hey i do
live a hectic life and i need to get away from it for a while before coming
back. Need to prepare not only my soul but my mental.
Kenapa aku ckp berfikir tu best?
Yg tu korg fikir sendiri. Hehehe..sebab kalo aku cerita smpi
keluar anak tekak sekali pun kalo korg xnk fikir xguna jugakan?
Kalau nk fikir, nk fikir tentang apa ek?
Fikirlah tentang
Tuhan..dlm quran tu aku rs beratus kali (aku xkira. kalo korg rajin, drpd korg
men game 24 hours baik amik 10 minit pastu kire) Allah ckp …afala
tatafakkarun? Apakah kamu tidak berfikir?
Bila duk kat sini, aku ambil bnyk2 peluang fikir. Antaranya
nk bezakan yg hak dgn yg batil. Bak kate seorg akhi, kalo kat rusia kita nmpk
yg hitam itu hitam dan yg putih itu putih. Tapi kalo balik sini jadi kelabu.
hadeihh..Maka bagi aku dgn method berfikir dptlah korg menjernihkan balik yg
kelabu tu.
Nak berkongsi sedikit sebnyk pengalaman di negeri ni. (Moga
Allah melimpahkan rezeki dan membantu saudara2ku di negeri ini.) InsyaAllah ada
hikmahnya tersendiri.
Pada mulanya aku dh agak dh kalo aku balik je mesti boring
sebab yela xde benda nk buat selain dr duduk dan makan. Aku mane tau duk diam.
Agak2 aku diam tu either aku tgh tido xpun tgh makan..hehehe.. Nak tolong kat
uma, dh ade org gaji. Sume keje die buat. Makasyeh kak mar. Dh le mmg aku bosan
xbulih buat keje pulak. Aku bawakla jugak 2 3 novel aku tp xterbace gak. Sebab
dok tgk astro. Melekat kat tv.(nasib uma aku xde astro..actually mak aku takut
tv uma rosak. Sdgkan ade 6 channel pun dh gaduh, nikan pulak nk taruk 40. mau
meletup tv aku)
Hehehe..pastu tok ma ajk aku memasak, aku semangatla
jugak.Last2 aku tertido pagi tu. Dan juga ptg yg seterusnya. Adeh..xdpt aku nk
mencuri rahsia resepi ayam percik dgn karipap yg thedap tu..huhu.. Keja aku
bgn, tido dan mkn. Tok ma aku terror masak. Dia masak mi hun goring, nasi
kerabu, nasi goring, kari, dan mcm2 lagi. Hu..mane xmembesar badan aku ni.
Ketika itu juga aku menangis. Di hadapan lauk pauk yg thedap2 itu aku menangis.
Aku menangis kerana aku teringt saudara2 seislamku yg xdpt mkn. Aku menangis
kerana aku punyai bnyk mknn dan mungkin mknn ni xbulih pun aku habiskan dan
mungkin terbuang. Aku menangis kerana aku xmampu nk bg mknn ni kat diorg. Huhu..
Teringt kat ukhti iman ketika aku bertny kepadanya, ‘Iman,
cmne ko bulih habiskan makanan? Walaupun makanan ni bnyk?’ Dia menjawab sambil
tersenyum. ‘Sebab kat uma selalu mak aku masak. Pastu aku try habiskan gak
sebab aku tau mak aku penat masak.’ Teringt juga kat ukhti atam. ‘Cmne ko bulih
thedap je makan?’ aku tny kehairanan sebab aku mmg xmmpu nk mkn bnyk. ‘Kau
bacalah impian palestin dan kau akan fhm.’ Meski aku x membaca lagi buku
tersebut tp aku cm dpt rasa mereka di sana.bagaimana kerana aku akn menangis
bila teringt kat diorg. Kite kat sini thedap2 je sume benda ade. Diorg..ape
diorg ade? Ape mknn diorg? Mane saudara2 diorg yg mengaku islam tu? Mane
pembela2 mereka?
Serta merta juga ingtn ku menerjah ke arah satu peristiwa
ketika aku berada di Moscow pada winter yg lepas. Ketika itu aku sedang berada dlm metro(keretapi). Aku
melihat seorg wanita berumur dan dua org anak lelakinya. Ketika itu dua anak
itu sedang mkn keropok jajan yg nmpk cm thedap je. Dr gaya mereka aku tahu
bahawa mereka ini org yg sederhana. Ketika si adik mengeluarkan isi jajan yg
terakhir, dia berikan pada ibunya. Tp si ibu menolak smbl tersenyum. ‘Xpe,
makanlah.’ Dan si adik menghulurkan pd abangnya. Abgnya juga menolak. Si adik
kelihatan gembira dgn suapan terakhir itu. Barangkali dia memikirkan bila
agaknya dpt makan jajan seperti ini lagi. Aku tahu semmgnya kos hidup di Moscow ini amat tinggi.
Try tny kawan2 yg duk Moscow,
pasti mereka lebih arif.
Dan kita di sini masih mengeluh. ‘Nk mkn ape ye hari ni?
Asyik nasi je hari2. Boringla.’ ‘Mcm mana nk habiskan mknn ni? Ah buangkan
ajelah.’ Kita gelak bila sahabat kita kate ‘Korg ni xbaik xhabiskan makanan tu.
Korg cuba fikir org
palestin, org Africa.’ Mungkin sebab kite x
benar2 memikirkannya. Yelah selalunya manusia ni dh terhantuk br terngadah. Dh
kena baru tau mcmmn.
Try la fikir. Bersyukurkah kita ni? Adakah kita ni betul2
memikirkan tentang saudara2 kita? Kalau kita benar fikir tentang mereka, kita
xkan sanggup utk xhabiskan makanan. Kita xkan sanggup nk abiskan duit bebnyk
sebab nk beli mknn yg thedap2 je. (ditujukan kepada diri sendiri yg suka
membeli tp xmkn.) Kita xkan sanggup utk mkn sehingga melampau-lampau.
Kesimpulan korg pk sendiri. Wallahu’alam.
P/s: agak2 aku beli mknn melampau-lampau korg ketuk la aku
ye.
Posted in Travel, thoughts | | | 2 Comments
Menghitung diri kembali
August 16th, 2008 by wizurai31
Dgn nama Tuhan yg Maha segalanya..
Alhamdulillah..masih dlm nikmat islam. Masih mampu bernafas lagi dgn mengingatiNya. Rasenya seperti sudah sekian lama aku x menconteng kat blog ni. Maklumle wanita berkejaye(cheh..aku dh start perasan sibuk lak) Iya. Tapi barangkali bagus juga perasaan sibuk nikan. Xde mase nk pk benda2 merepek ke hape ke. Dan itu satu perasaan yg bagi aku sgt menarik. Sibuk yg aku maksudkan ialah sibuk fikir ciptaan Allah, sibuk fikir cmne nk tingkat iman dr semasa ke semasa, sibuk fikir cmne nk buat bile futur, dan macam2 kesibukkan yg bulih merapatkan kita dgn Dia.
Menghitung kembali diri (fyi:mlm ni mlm nisfu sya’ban di mana buku catatan kita ditukar.) sepanjang kehidupan ni rupanya terlalu sedikit yg telah aku buat utk Dia. Tolak mase kecik. Tolak mase poye2. Tolak mase buang mase. Rasenye ceciput kecik pun susah nk cari mase yg bebetul difokuskan 100% utk Dia. Betapa hinanya diri ini. (tp tu pun still perasan bagus, Still ade perasaan ujub dgn diri konon dh jd baik 100%.)
‘Ya Allah,Kau ampunilah hambaMu yg hina lagi kerdil ini. Jauhkanlah aku dr sifat2 mazmumah dan bisikan2 syaitan la’natullah.’
Menghitung kembali diri. Kiranya masihkah ada ruang utk aku memohon keampunanMu ya Rabb? Ya, masih ada, Kerna saat ini Engkau masih memberikan aku nikmat utk bernafas. Kerna tugas aku di muka bumi ini masih belum selesai. Engkau tidak zalim. Bahkan aku meyakini bhw sekiranya ajal ku tiba maka ia bermaksud tugasku di muka bumi ini selesai. Dan aku hny inginkan redhaMu dlm setiap urusan ku.
‘Ya Allah, seandainya jika usia yg panjang adalah baik utk kesudahanku di akhirat maka Engkau pnjgknlah. Dan seandainya usia yg pendek adalah baik utk kesudahan ku diakhirat maka pendekkanlah. Sesungguhnya Engkau maha Mengetahui tentang setiap perihal laku hambaMu.’
Menghitung kembali diri. Wahai iman ku, apakah kau mengira bahawa engkau telah sempurna? Sedangkan perjalanan kau masih jauh. Masih bnyk perkara yg perlu difahami supaya engkau menjadi tetap dan mantap. Jgn kau berasa cukup hebat dgn tahap kau pada ketika ini. Jgn kau fikir Dia tidak mampu utk menariknya dlm sekelip mata andainya kau berterusan alpa.
‘Ya Allah, Kau tetapkanlah imanku. Kau luruskanlah hatiku. Jangan Kau biar hati ini ragu2 dibawa nafsu yg tidak menentu.’
Menghitung kembali diri. Bersyukurkah aku selama ini? Bersyukurkah aku dgn apa yg aku ada? Dahulu aku sering memikirkan bhw aku adalah insan yg paling bnyk mengalami kesedihan hidup. Aku sentiasa fikir bhw tidak ada org yg punyai nasib sama sepertiku. Dan aku telah salah ketika memikirakan perkara itu. Mungkin tiada yg 100% senasib dgn ku tp mungkin nasib mereka lebih teruk drpd ku. Dan aku seharusnya tidak patut memikirkan bahawa aku punyai kehidupan yg teruk. Kerna mungkin kehidupan ini adalah terbaik utkku supaya aku lebih rapat dgn Penciptaku.
‘Ya Allah, jgnlah Engkau memasukan aku kedlm hamba2 mu yg tidak bersyukur. Jgnlah Engkau membiarkan aku menzalimi diriku sendiri dgn fikiran2 yg tidak berasas.’
Wahai hamba Allah. Kembalilah kepada fitrahmu. Renungkanlah hidupmu walaupun hny seketika.
Wallahu’alam.
Posted in thoughts | | | 0 Comments
Qamar
Renungan hati...
Recent Posts
Categories
- 5 minutes with… (3)
- cinta (11)
- Current Affairs (22)
- Games (1)
- Mimpiku (2)
- Music (4)
- my view (2)
- thoughts (32)
- Travel (4)
- Uncategorized (8)
