Recent update
madrasah ramadhan
September 30th, 2008 by wizurai31
Dengan nama Allah yg Maha Unggul..
Alhamdulillah… Masih dikurniakan nikmat beragama. Nikmat islam. Nikmat yg hampir pernah aku kehilangannya. Alhamdulillah masih diberi kekuatan oleh yg Maha Kuat bg menjalankan tugas sebagai seorg hamba di muka bumi yg pesonanya mampu menyebabkan kita menjadi bahan api neraka di kampung yg kekal abadi.
Aku akui madarasah ramadhan kali ini benar2 mencabar. Benar2 menguji aku. Sebelum ni xpernah terlintas pun nk jadikan diri ini sebagai pelajar dlm madrasah ini. Setelah mendgr pendpt dr pelbagai pihak tentang indahnya pesona madrasah ini aku merasakan bahawa aku patut join. Dan aku masih lagi berfikir…sejauh manakah aku mendpt keberkatan di dlm bulan ini? Huhuhu…hinanya hambaMu ini…
Yg bestnya tentang madrasah ni, bayarannya percuma. Tidak perlu bayaran. Tapi dpt ganjaran yg berlipat kali ganda. Bagusnya Tuan punya madrasah ni.
Tapi kini aku terpaksa menunggu lagi 11 bulan utk bertemu kembali madrash ni.Huhuhu…lamenye…dan aku mengharap agar ramadhan kali ini diberkati.
Banyak x terkata pelajaran yg bulih diambil dr bulan ini..dan aku xmampu menulisnya di sini..biarlah ia menjadi rahsia aku dan Dia.
Akhir sekali aku ingin nk ucap selamat hari raya n maaf zahir dan batin kepada semua yg pernah aku tbuat kalian terluka. Ampunkanlah hamba ini.
Posted in Current Affairs | | | 0 Comments
Jack and The Beanstalk
September 19th, 2008 by wizurai31
Dengan nama Tuhanku yg menghidupkan tumbuhan dr tanah yg tandus..
Alhamdulillah.. Masih hidup dlm nikmat islam. Masih bernyawa. Masih mencari erti kehidupan dan akan terus mencari inspirasi dari Dia.
Barangkali mungkin dh berhabuk blog aku nih. Lama sgt rasanya x menconteng. Rindu yg amat kepada penulisan. Rindu kepada nk berkongsi pandangan hidup dgn manusia2 yg sudi mengingatkan aku tentang misi utama di muka bumi ni. Cewah..pnjg lak muqaddimah aku ni. Terus kepada tajuk. Izinkan aku menyambung dlm bahasa omputih.
Once upon a time in a far far away land from Malaysia, there was a little chubby girl who lived with her family somewhere in the northen country on the earth. This 5 years old and a half was always forced by her father to read story books. (though i can guarantee you that she hated reading books at that time.) But thanks to the father, the girl started to imagine and dreaming about fairy tales. One of the books she read was Jack and the Beanstalk. The story was about a boy and the magic beans. (to cut it short, u guys know lah the cerita. boy, mother, cow, trader, magic beans, big tree, the Giant, harp, golden egg, chop tree and boom..Giant dies. i’m not going to write the whole story of it here. i’m not publishing a book nor entering a story telling competition.) Hehehe.
So, moving on with my part of the story, the chubby girl started to think base on the story. She thought of something. First, she thought of the giant. In her mind, she came a across thinking that giant existed and that we grew up from a baby like her sister, and then to a child like herself, and then to a teenager like her brothers, and then to an adult like her parents and after that becoming a giant like in the story. Hohoho.
And for a few month she thought only that stuff. And then she thought again. ‘Eh, if giant existed then where are the giants?’ She thought again based on the book and then she got an idea. ‘Oh yeah, in that story the giant live on clouds. So that’s why i’ve never seen a giant before.’ Lalala. And so she hold on to that thought for quite some time.
During the spring, her grandma came to her house and lived with her family for several weeks. The chubby girl started to think again. ‘Haih, if giant excisted then how come my grandma is an old lady? Where on earth did she came from?’ Aisey..pening2. Then she was still confused until her mother bought her a book. “Tubuh dan Bagaimana Ia Berfungsi.”
Lah..baru ku tahu rupanya manusia ni dr kecik pastu jadik org tua. Lama jugakla sebelum mengetahui realiti sebenar tentang kitaran hidup manusia. Izin aku terus menulis dlm bahasa ibunda ku.
Korg mesti penat bacakan. Hehehe. Amenda lah kd ni merepek. Wohoo..ni merepek bukan sebarang merepek. Ni merepek ada maksud.
Moral of the story is:
1. Paksa budak2 kecik bace buku.
Muahaha..that’s what he did to me at a very young age. Tp sebenarnya sampai skang aku xde la sukaaaa sgt membaca. (still thinking how did i ended up in a course which causes me to read a lot..T_T) Kiranya membaca sebenarnya teramatlah penting. Xyah la aku nk citer secara detail kepentingan membaca. Pasti dh muak kan?. Tapi aku bagi satu alternatif. Pergi bukak furqan. Cari wahyu pertama. Kalimah cinta 1 surah al-’alaq. Hayati elok2. Fikir kenapa itu wahyu pertama.
2. Berfantasi.
Before giving a child some book with fantasy stuff might as well bare their mind with the knowledge of their Creator. Itu lagi baguskan. Bukan lah aku nk kate xbulih langsung kasik kanak2 bace citer fairy tales, tp it’s better to let them learn what is islam first and then about other knowlegde. Baru mereka boleh comparekan what is reality and what is fiction.
Mungkin ada yg berpendapat “Hek eleh..budak kecik je pun. Ape la yg dia tau sgt. Lagipun biarlah. Dia kan kecik lagi biarlah dia njoy hidup.” Na..konsep ni lah yg menyebabkan bnykla sgt remaja zaman sekarang ni x matang2. Cuba try tgk zaman rasulullah bagaimana mereka menanamkan semangat jihad ke dalam jiwa2 kecil ini. Try kaji sejarah perang badar bagaimana 2 org kanak2 berusia 9 dan 12 tahun sibuk nk ikut jihad. And last2 diorg pergi belasah abu lahab. Zaman sekarang ni, huish xyah aku ckp. Pegi bukak astro tu. Huhuhu..takut aku tgk adik2 aku zaman sekarang nih. Kecik2 dh pandai berdansa dan menyanyi. Kan best kalo diorg2 tu di suruh hapal quran ke ape ke..(aku mula berfantasi..hehe)
3. 36 : 68
“Dan sesiapa yang Kami panjangkan umurnya nescaya kami kembalikan dia kepada kejadian(nya). Maka apakah mereka tidak memikirkannya?”
Ha..kat cni Allah suh manusia pk lagik. Ish kd ni asyik ckp pasal pk je kan. Fikir..fikir..fikir..cm dh xde benda lain je. Dh Allah yg suruh. Kalo Allah xsuruh, xde la aku sibuk2 nk suruh korg pk sekali. Kat cni aku nk menyentuh serba sedikit tentang warga2 emas. Kita selalu cerita pasal budak2 kecik je kan. Tapi kita jarang cerita pasal org tua. Sebab kalo kita cerita pasal org tua mesti org pk “ala..tinggal tunggu masa je tuh.” Astaghfirullah. Moga Allah tidak memasukkan aku ke dlm org2 yg zalim. Ha..korg pernah persan x yg sebenarnya org2 tua ni kan perangai dia makin tua makin cm budak2? Perasan x? Perasan x?
Ha..kiranya apa yg aku nk ckp is kalo korg perhatikan betul2 kan sebenarnya kita kena jaga org tua ni same cm kita jage baby2 yg kecik2 tu. Kalau perasan dlm ayat Allah ni Dia kata kami akan kembalikan dia kepada kejadian. Dan kalo ikut tafsir kejadian tu bermaksud lemah dan kurang akal. Kiranya org tua ni ekceli meski dulu dia lah yg terpandai meski dia lah dulu yg hebat di zaman mudanya tp bila dia tua dia akan hilang gak sedikit sebanyak kehebatan dan kepandaian tu. Oleh itu jgnlah kita marah2 dia dan mengatakan “Ala..atuk ni..dulu2 xde pun kitorg kena mandikan. Dulu2 atuk boleh je mandi sendiri. Nape sekarang kitorg lak kena mandikan? Atuk kan dh besar.” Kalo kita fhm ayat nih maka xdela kita nk melenting sana sini kalo org2 tua buat salah ke ape. Sebab diorg pun dh kembali ke zaman kanak2 bila diorg tua. Bukan sume benda diorg bulih buat sendiri.
Kesimpulannya fikir sendiri. Hohoho. Sekian sahaja cerita Jack and the Beanstalk versi kd.
Wallahu’alam.
Posted in Mimpiku | | | 1 Comments
dia, kamu dan aku..
September 9th, 2008 by wizurai31
Dengan nama Penciptaku Yang Maha Lembut…
ini kisah dia, kamu dan aku.
dia tahu siapa dia,
kamu juga tahu siapa kamu,
dan aku juga tahu siapa aku.
dalam diri aku dan kamu ada dia.
tapi dalam diri kamu tiada aku,
dan dalam diri aku tiada kamu.
namun bila kamu berlari di bawah naungan seribu awan,
aku juga ingin berlari seperti kamu,
kerana kamu tahu siapa dia,
kerana kamu lebih mengerti dia.
dan bila kamu nyanyi bersama hujan,
aku juga ingin nyanyi seperti kamu,
kerana kamu tahu itu yang kamu suka,
kerana aku juga seperti kamu.
juga waktu kamu tersenyum seperti sang mentari,
aku ingin senyum seperti itu.
juga ketika kamu sedih kerana menanti dia,
aku juga dapat merasakannya.
dia, kamu dan aku berbeza.
satu berada di sudut yg tiada siapa pun tahu,
satu berada di tanah bertuah,
satu berada di utara bumi yg dingin.
kamu dan aku jalan kita berbeza,
tapi hati kita satu.
rindu kita pada dia bagai menanti hadirnya kembali waktu dahulu.
namun tidak dpt tandingi rindu kamu dan aku pada Agung.
kerana kita tahu,
meski kamu dan aku menanti dia sehingga hujungnya
seandainya Dia tidak izinkan…kita masih tidak boleh mengungkap kata.
aku tahu bahawa kamu tahu tentang Dia,
dan kamu tahu bahawa kamu tahu tentang Dia.
Dia menanti kamu dgn penuh harapan.
jangan putus asa terhadap Dia,
kerana meski kamu tahu tentang Dia tapi kamu belum mengenalinya.
aku juga menanti kamu dgn doa.
menanti kamu bersedia,
kerana aku sentiasa berdoa agar kamu dpt bersama dgn aku.
melihat apa yang aku lihat,
mendengar apa yang aku dengar,
dan aku yakin saat itu akan tiba.
biar kelak kita berlari di bawah naungan seribu awan,
biar kelak kita menyanyi lagu bersama hujan,
biar kelak cahaya sang mentari pun akan kelam kerana sinaran senyuman kita,
biar kelak irama hati kamu dan aku mempunyai rentak yang sama,
agar Dia menemukan dia, kamu dan aku di satu tempat yang kekal abadi…
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [az-Zumar 39:53]
Posted in Uncategorized | | | 2 Comments
Qamar
Renungan hati...
Recent Posts
Categories
- 5 minutes with… (3)
- cinta (11)
- Current Affairs (22)
- Games (1)
- Mimpiku (2)
- Music (4)
- my view (2)
- thoughts (32)
- Travel (4)
- Uncategorized (8)

