Recent update
2 dan 2
October 31st, 2008 by wizurai31
Dengan nama Tuhanku yg menguasai hati org2 mukmin…
Alhamdulillah masih di dlm nikmat islam insyaAllah. Kalau tetiba korg rase cm free luar biasa, ini ade renungan utk difikirkan.
2 perkara yg kita harus LUPA~
1. Kebaikan kita terhadap org lain.
2. Keburukan org lain tehadap kita.
2 perkara yg kita harus INGAT~
1. Kebaikan org lain terhadap kita.
2. Keburukan kita terhadap org lain.
Posted in thoughts | | | 0 Comments
ibtisam
October 25th, 2008 by wizurai31
In the name of my Lord..
was walking around the net
stumble across this thing
would like to share
may our day be sparkling with one of the most greatest gift from Allah..ibtisam^_^V
Posted in Current Affairs | | | 2 Comments
Surat cinta untuk Penciptaku
October 15th, 2008 by wizurai31
Dengan Nama Engkau wahai Maha Pencipta yg aku rindui,
Wahai Penciptaku,
HambaMu yg hina ini kembali dtg menyembah kepadaMu. Tatkala ini hambaMu masih dlm keadaan yg ragu. Masih bergelumang dgn lautan dosa yg tidak terkira bnyknya. Setiap langkah hambaMu ini pasti sedang, telah atau pernah menyakiti hambaMu yg lain. Sungguh hambaMu ini tidak tahu arah mana lagi yg harus dijalani utk tidak menjadi fitnah pada jalanMu. Berapa bnyk lagi hati yg akn hambaMu ini lukai? Jawapan yg hanya Engkau Maha Mengetahui. Maafkanlah aku wahai Penciptaku.
Wahai Zat yg Maha Pemaaf,
Layakkah hambaMu ini bergelar seorg hamba Tuhan yg Maha Pemaaf? Sedangkan hatinya masih keluh kesah utk memaafkan org lain? Sedangkan hatinya masih memusuhi org lain? Ampunku pada Tuhanku. Redhakanlah urusan hambaMu ini. Berikanlah sifat pemaaf itu kepada hambaMu yg ego ini agar hati ini bisa tenang menjalankan tanggungjawab di dlm urusan duniawi ini. Maafkanlah aku wahai Penciptaku.
Wahai Penciptaku yg Maha Lembut,
Andai benar keras hati hambaMu ini, maka leburkanlah ia menjadi seperti air yg kehadiran menyenangkan, yg kewujudannya menyegarkan. Sesungguhnya hati yg keras itu hanya lahir dr tompok hitam jahiliyyah yg masih bersisa di dlmnya. Maka Engkau besihkanlah hati ini. Engkau curahkanlah sinar cahaya iman ke dlmnya. Sungguh hanya Engkau sahaja yg mampu melakukannya. Peliharalah hati ini dan jangan Engkau palingkan setelah Engkau memberi petunjuk kepadanya.
Wahai Zat yg aku rindui,
Dengarlah rintihan hambaMu ini. Janganlah Engkau memalingkan mukaMu dr ku kerana kebodohan hambaMu ini. Aku ingin dekat dgnMu. Aku ingin lebih mengenaliMu. Maka, HambaMu ini bermohon agar Engkau memelihara rindu ini hingga saat pertemuan yg telah Engkau janjikan. Moga cinta ini bertambah mekar dr hari ke hari. Moga Engkau redha ke atas ku.
Wahai Penciptaku yg aku cintai,
Terlalu bnyk lagi luahan rasa yg ingin ku ungkapi. Namun ku xbisa menintanya di sini. Ampunku pada Tuhanku. Coretan ku di sini bukan saja2 utk ditulis tp utk aku renungi kembali di mana letaknya kekuatan hambaMu ini dan aku sedar kekuatan itu hanya milikMu.
Salam rindu yg mendalam,
at-tohirah
Posted in cinta | | | 4 Comments
untitled utk kamu
October 14th, 2008 by wizurai31
Dengan nama Tuhanku yg dikasihi,
kamu,
kamu tahu x bahawa setiap kali aku menatapnya
air mata akn tewas, merembes seolah x bernilai.
kamu,
kamu tahu x bahawa kamu antara cintaku
betapa dlmnya rindu ingin melihat senyumanmu.
kamu,
kamu tahu x yg aku sentiasa mendoakan kamu
agar kamu bisa faham apa yg aku faham
agar kamu faham apa yg Dia mahu.
kamu,
kamu tahu berapa kali hati ini tewas
kerana ingin melihat kamu gembira.
kamu,
kamu tahu x kdg kala aku tidak mengerti kamu
kerana senyuman mekar yg sentiasa menghiasi bibirmu.
kamu,
sebenarnya aku tidak tahu
apakah yg akn membuat kamu bahagia
yg melindungi kamu dr kesedihan.
kamu,
dr kamu aku pinta suatu perkara
berikanlah masa utk mengenalimu
sebelum mata ini terpejam rapat.
Posted in Uncategorized | | | 0 Comments
Tiupan ruhul jadid
October 10th, 2008 by wizurai31
Dengan nama Tuhanku Yang Menghembuskan tiupan angin barat,
Alhamdulillah…Masih dlm nikmat islam. Jam google aku menunjukkan jam 2.50 ketika aku mula menulis ni.
Alhamdulillah sekali lagi dpt lagik aku nk menyonteng di blog aku yg berwajah serba baru nih..yeaaahhh!!!! Seronok2. Terima kasih kepada Penciptaku kerana memberi izin kepada ku utk menconteng di blog nih. Hehehe..aku tukar angin lagi. Dan kali ni aura angin aku yg dulu dh kembali semula. Yeahhhh!!!
Blog aku berlatarkan hitam telah kembali….sgt sukeeeeeee!!! Dan aku memilih kaler hijau sekali sebagai pelengkap jiwa blog nih.(kerana aku tahu dia suka kaler hijau dan moga ini dpt warna ini akn mengukuhkan lagi ingtn aku terhadap dia =)
Teringt kembali ketika mula2 menconteng2 di blog ni utk suke2. Utk saje2. Nak luahkan rase yg terbuku kat dlm jiwa nih. Tp bila fikir balik…manfaatkah apa yg telah aku lakarkan di sini? Berapa bnyk jiwa yg telah singgah di sini mendapat manfaat? Manfaatkah penulisan aku utk kalian? These are questions which i can never answer. And i’ll leave it to u guys to think about it.Hey u r the readers, so there’s no point for elaborating about something which i don’t know.
Setelah berpuluh post aku taruk kat cni baru kini aku bercerita kenapa aku menulis blog. (main reason aku still a secretla kan..that one cannot tell..hohoho) Tapi ade je reason2 lain.
Antaranya, sebab hobi aku memang suke merepek. Non-stop talking that’s what i am b4. But now, it’s different. Lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang. “Silence is the best remedy. Berkata hanya yang perlu kerna diam itu lebih baik andai kamu mengetahui.” Still working on not to talk so much. T_T it’s hard i tell ya. Very. Mohon doakan jiwa ini ^_^V.
Selain tu, tujuannya adalah utk megisi mase lapangku. meski aku dh jumpa dh hobi baru. muahaha…pictures..yeay! anything associated wif it. Let it be photograph, drawing or colouring…i like. A picture worth a thousand words right? Satu method pencegahan aku dr berkata yg sia2.
Lagi…nape ye aku tulis blog ni? Nak suruh org bace, aku segan. Maklumlah dr penulisan kita dpt menggambarkan pemikiran org tersebut. Dan aku rasa kebnykan benda yang aku tulis mcm kanak2 sekolah rendah punya karangan upsr. Tp xapalah. Sebab bila kita fikir terlampau kompleks nnt kita akan lupa perkara yg basic kan? Contohnya cm manusia zaman skang sibuk duk pk kenapa hukum ni macam tu dan hukum tu mcm tu. In the end, x amalkan gak. Buang mase pk je kalau ckp tp xbuat. Better buat benda simple2 je dulu cm istiqamah dlm selawat 50 kali sehari. Xpun istighfar 50 kali sehari. Agak2 berape ramai yg mampu buat smpi mati?
Dan reason seterusnya…aku dh xde idea dh. Hehehe…dan tajuk post aku adalah berkaitan dgn tiupan semangat baru dlm jiwa ini insyaAllah. Doakan jiwa ini thabat di jalan ini.Doakan jiwa ini mampu istiqamah.
Wallahu’alam…moga Allah merahmati kalian yg sudi singgah di sini.=)
Posted in Current Affairs, Travel, my view, thoughts | | | 0 Comments
Qamar
Renungan hati...
Recent Posts
Categories
- 5 minutes with… (3)
- cinta (11)
- Current Affairs (22)
- Games (1)
- Mimpiku (2)
- Music (4)
- my view (2)
- thoughts (32)
- Travel (4)
- Uncategorized (8)

