Recent update
inspirasi di awal pagi
November 28th, 2008 by wizurai31
Dengan Nama Tuhanku Yang Memiliki al-asma ul-husna..
Pada waktu pagi td..
aku terbangun tersedar…
alhamdulilah hari ini lebih baik dari semalam…
lalu setelah itu, aku pun meng’on’kan komputer.
buka2 je tgn mahu menulis, tp neurotransmitter aku tersekat, xmampu terhasil..
barangkali synaps aku menghadapi masalah utk menghantar impulse lalu action potential tidak terhasil di Hellock.
inhibition mungkin..
maka tertangguh lagi post yg aku nk tulis setelah sekian lama.
lalu aku pun berjalan-jalan meneroka dunia tanpa sempadan.
dan aku temui satu inspirasi.. inspirasi di awal pagi
saje berkongsi…selamat menjamah sarapan pagi (by the way sarapan aku disediakan oleh adik yg comel iaitu Hidayah..thedapp..=)
Posted in Current Affairs | | | 4 Comments
reformasikan hatimu
November 21st, 2008 by wizurai31
Dengan nama Tuhan yg Maha Perkasa…
reformasikan hatimu dgn kalimah LAILAHAILLALLAH
*******
dan tidak ada seorang pun yang memberikan suatu nikmat padanya yg harus dibalasnya,
tetapi (dia memberikan itu semata-mata) kerana mencari keredhaan Tuhannya yg Maha Tinggi.
Dan nescaya kelak dia akan mendapat kepuasan.
(92 : 19-21)
Posted in Current Affairs | | | 0 Comments
nostalgia lalu…layan~
November 17th, 2008 by wizurai31
Dengan Nama Tuhan Pemilik cinta kekasihku,
Sedang berjalan2 di u-tube…
bukak itu bukak ini…
tibe2..
cheng3…lagu yg dah lame sgt aku xdngr
muncul kembali…yeahhhh=)..epi2..
Teringt satu peristiwa ketika di sekolah dulu..
aku tgh sibuk nyanyi lagu ni dgn pitching lari2 sikit tambah sumbang2 sikit(masuk af gerenti kena buang awal2)..“malu rasanya mengatakan cinta..kepada dia…”
xsempat aku nk abiskan lirik tuh tetibe kwn aku dh cut.. “ni lagu ape ko nyanyi nih?”
“lagu nasyid.”aku menjawab.
“Amende lagu nasyid asyik2 pasal cinta2 ni? Cm dh takde keja lain.”
Dengan muka selamba aku pun menjawab “Rilek ah wey…xyah marah2. Aku lum abis nyanyi lagi ko dh cut. Meh aku nyanyi smpi habis.”
Beliau pun terpaksa dgr suara aku yg xberapa sedap menyanyikan nasyid ni smpi habis.
“Ha..amacam?”
“….”
Pengajaran ayat…hmm..
*******
Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa
Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat
Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya kuamalkan sunnahnya
Moga di dunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat
Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku di taman syurga
Ya rasul… ya rasul! ku rindu padamu…. syafaatkan daku
Ya rasul… ya rasul! syafaat kan daku…. ku rindu padamu
Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah
P/s: Barangsiapa nk lagu ni, bulih minta kat aku. Baru je download.=)
Posted in Music, cinta | | | 3 Comments
mohabbatein
November 10th, 2008 by wizurai31
Dengan nama Pemilik Masaku…
Alhamdulillah..masih bernafas ketika ini..bernafas dlm nikmat islam=)
Heningnya malam ini…hanya mainan lagu ama zilna berulang kali menemaniku tika waktu menunjukkan 2.07 a.m. Sai dh tido mungkin kejap lagi dia bangun. Aku pula bagaimana? Mahu tidur? Tipule kalu aku xmo tido tp x apa kalu xtidur pun. Kerana masa itu milik Dia.
Ehe..terpanjang pulak muqaddmah aku. Oh ye tajuk post ni bukan pasal nk review movie filem mohabbatein. Xde kena mengena. Aku ckp awl2 ni takut kang ade pulak yg mengharap aku ade citer tu. Sori tade. Hohoho..hanya tertarik dengan tajuk cerita ni iaitu bermaksud kisah cinta.
Tika mana aku sedang duduk menelaah pada petang yg indah, tiba2 seorg sahabat bertanya kepadaku tentang cinta.
bukan aku : “do u love Him?”
aku : yes
bukan aku : knape?
aku : xterkira kut jwpn yg bulih diberi
aku : sebab Dia dh bg segalanya
bukan aku : adakah kalau ada satu lagi yg Maha Segalanya di dalam hati kd, cinta kepada Allah akan berkurangan?
bukan aku : adakah kalau Dia bukan Maha Segalanya, maka kd x cintakanNya?
bukan aku : (ye, tahu ni sifat mustahil, tp ni soalan hypothetical)
terpana seketika…
aku : sesuatu yg tak terfikir kut
(meski masih terlalu bnyk karat jahiliyah bersarang di hati aku akn usaha utk singkirkan ia satu persatu)
aku : otak kd dh set LAILAHAILLALLAH
aku : Ilah
aku : tempat pergantungan
bukan aku : adakah kalau Dia bukan lagi tempat pergantungan, maka kd x cintakanNya?
aku : bagaimana mungkin begitu?
bukan aku : cuba fikir, sbb tu kot ramai yg x cintakanNya, sbb Dia bukan tempat pergantungan bagi semua orang
bukan aku : betul kan?
aku : kalu tny psl org lain..wallahu’alam kd xtahu
aku : tp kalu ikut logik jwpn betul
bukan aku : then tanye kd. adakah kd yakin yg kd akan jadikanNya sbg tempat pergantungan smpai akhir hayat?
aku : kd hanya mampu doa supaya dipelihara
aku : kalu kd terbabas itu xlain xbukan mmg salah kd
aku : kd buat salah
aku : there’s something wrong with me then
bukan aku : “kenapa mesti cinta?”
bukan aku : “knape patut cinta kepadaNya?” =)
aku : jwpnnya hanya ada pada diri
aku : muhasabah
aku : bila kamu tny kd soalan “adakah kalau bukan Maha Segalanya maka kd masih cintakan dia?”
aku : kd xdpt byg
aku : xdpt byg bagaimana kalau nikmat ni hilang dr hati
aku : sebab xnk bygkan pun
aku : dan kalau kd masih dipersoalkan kenapa kd perlu cintakan Dia..jwpn yg hanya kd tahu ialah LAILAHAILLALLAH
aku : kalu nikmat kalimah ni ditarik dr hati kd..
aku : kd xtau ape lagi yg harus kd katakan
aku : kd xtau..
tanpa aku sedari, air mata mula merembes. Ya Allah, hinanya hambaMu ini. Bila dipersoalkan begitu, aku mula kaget. Betapa goyahnya iman ini. Betapa nipisnya ia. Merenung kembali ke dasar hati, dia buat aku terfikir..andai benar hati ini cinta kepadaMu wahai Tuhanku jgnlah Engkau biarkan ia ragu. Bimbinglah ia agar sentiasa hampir dgnMu.
Tika itu, aku seolah merasakan cintaku ini memang benar teruji. Seolahnya pertnyaan ini straight dtgnya dari Dia. Seolahnya Dia ingin beri peringatan bgku. “Wahai Siti Khadijah, apakah benar cintamu hanya utk Tuhanmu?” Tidak henti kalimah istighfarku lafaz. Astaghfirullahal’azim. Ampunku pada Tuhanku.
dan aku berdoa agar Dia membimbing hati ini dlm mengenal erti cinta kepadaNya tanpa batasan. Tidakku sangka begitu mudah Dia mengkabulkan permintaan hambaNya yg hina ini. Aku membuka blog ku dan melihat satu komen ditinggalkan. Dari bumi mesir ia singgah di sini. Chaq. itu gelarannya. terima kasih kerana berkongsi nikmat cintaNya bersama dgnku. Tertarik aku dgn setiap kalimah di dlm post itu. Moga Allah memberi petunjuk kepada yg benar2 inginkannya. Pegangan aku makin teguh kepada (29:69).
Cukuplah Allah bagi kami!
Dan ya, rasa cinta itu subjektif. Rasa syg itu subjektif. Sukar utk diterangkan. Bukan boleh ditafsir melalui rasionalnya akal tp oleh hati yg sentiasa ingt akan Dia. Mungkin sukar utk diterjemah ke dlm bahasa kerana aku tidak mampu utk menerangkan bagaimana rasanya. Oleh itu, fikirkanlah. Bukan semua perkara yg dilakukan hanya memerlukan logiknya akal tp juga sentuhan hati. Bagaimana utk lakukan? Itu aku serahkan kepada setiap jiwa yg singgah di sini. Kerana cara kita berbeza tetapi matlamat kita masih satu. LAILAHAILLALLAH.
Posted in cinta, thoughts | | | 6 Comments
1 tahun lagi
November 9th, 2008 by wizurai31
Dengan Nama Tuhanku yg Maha Lembut…
izzatussofiyya,
hari ni usia mu telah bertambah setahun lagi.
aku hanya mampu menukilkan di sini secebis ingatan dan penghargaan dr ku.
moga hatimu mekar dgn cinta haqiqi dr hari ke hari.
moga imanmu bertambah saban waktu.
moga Dia memberikan yg terbaik dlm hidupmu.
salam syg,
at-tohirah
Posted in Current Affairs | | | 2 Comments
tenangkan hatiku
November 6th, 2008 by wizurai31
Dgn nama Zat yg Maha Memerhati..
Tenangkan hati ini apabila menyusuri jalan ini..
Meski badai yg menimpa..
Meski pelangi yg menjelma..
Tenangkan hati ini..
Tenangkan hati ini..
Tenangkan hati ini..
*******
Ama Zilna
Approaching God with our hearts
No fear nor grief for whom He guides
His rope is strong and will never waver
His provision is there for all who are in need
In every place, at every time
Above you is The Glorious Caretaking Lord
In every place, at every time
You have a Lord who loves you and will never forget you
Do we know our Lord?
Do we see our Lord’s blessings?
Do we know our Lord?
Do we thank Him… or have we forgotten..
that His servants… we are
In His Dominion we exist for as long as He wills
And we call upon His bounty through prayer
And seek His favors through hope
For He is our refuge when difficulty strengthens its hold
In every place, at every time
Above you is a Gloriouscare Taking Lord
In every place, at every time
You have a Lord who loves and will never forget you
Do we know our Lord? Do we see our Lord’s blessings?
Do we know our Lord? Do we thank Him… or have we forgotten..
that His servants… we are
My heart is Allah’s, My soul is Allah’s
My wealth is Allah’s
p/s:syukran jazilan utk ukhti farah kerana memberi lagu ini kepadaku=)
Posted in Music | | | 0 Comments
Qamar
Renungan hati...
Recent Posts
Categories
- 5 minutes with… (3)
- cinta (11)
- Current Affairs (22)
- Games (1)
- Mimpiku (2)
- Music (4)
- my view (2)
- thoughts (32)
- Travel (4)
- Uncategorized (8)
