Recent update
imtihan
December 21st, 2008 by wizurai31
Dengan nama Tuhanku Raja sekelian alam,
Begitu pantas masa berlari meninggalkan aku . Saban hari usiaku bertambah…apakah amalan ku turut bertambah? Apakah iman ku juga bertambah? Ataupun sebaliknya? Ampunku pada Tuhanku…
Teringt pesanan ukhti ketika di Shah Alam dulu, beberapa minggu sebelum nk dtg ke bumi soviet ni.
“6 tahun di Russia sempat je kan kalu kita nk jd tua? Sempat je time tu usia kita bertambah.Dan waktu itu lah waktu yang akan membentuk diri kita. Kita akan bawa sifat2 tu sewaktu alam pekerjaan kita , juga akan dibawa ke dalam alam masyarakat yg bakal kita alami. The REAL life. Kalau kita gagal bentuk waktu tu maka waktu bila lagi kita akan bentuk diri kita?”
Ya, pastinya pesanan ini sering berlegar di fikiran bila mana memikirkan bahawa usia aku kian bertambah.Masa tahun 1 banyak telah dibazirkan. Bermain,layan tu layan ni. Sekarang penuntut tahun 2. Pejam celik pejam celik, dah nk abis sem satu. Apakah waktu aku diberkati selama ni? Apa yg aku nk jawab dihadapan Penciptaku nanti bila ditanya apa yg telah kamu lakukan pada usia yang sekian2 ini? Moga Allah ampunkan dosa2 ku. Maha Pemaafnya Tuhanku ini…pabila kamu mohon ampun dan berdoa kepadanya bersungguh2 kepadanya maka Dia maafkan.
Lain pula dgn manusia, cuba try kita buat salah bnyk2 kali kat seseorg ni, agak2 dia maafkanx? Kali pertama minta maaf kat dia. Dia maafkan. Kali kedua kita buat salah yg sama lagi, masih boleh maafkan lagi. Kali ketiga kita buat salah yg sama lagi, mungkin boleh maafkan lagi. Kali kelima , kali keenam, ketujuh dan seterusnya? Mampukah dia utk memaafkan kesalahan yg sama tanpa ada terasa di hati?
Apa pun yang pastinya Allah Maha Mengetahui…apa yang tersirat di hati aku dan hati kamu. Moga Yang Maha Pemaaf ampuni kita.
Dan bersempena musim2 exam ni, yuk kita sama2 lebih bnyk berdoa dan berusaha. Moga Allah berkati. Kerana waktu nilah kite nk kutip pahala banyak2. Kalu xtahu nk doa ape, di sini aku tuliskan beberapa ayat quran dari Penciptaku utk kita sama2 amalkan.
“…Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidah ku supaya mereka mengerti perkataan ku.”-20 : 25-28
“Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan.”-20 : 114
“Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku dalam golongan-golongan org2 yg soleh.” -26 : 83
(sebenarnye teringin nk tulis dlm bahasa arab tp kalu guna tulisan rumi utk sebut arabnya takut lari maksud, nk tulis jawi guna computer xreti, jd yuk buka quran tgk perkataan dlm arab dia=) Kalu baca bahasa melayu dpt pahala tp kalu baca dlm arab dpt berganda pahala)
Selamat Berjuang Mengutip Pahala di Medan Pena ini!
p/s: oh ye, aku dan sahabat2 lain akn menduduki peperiksaan anat+histo=@_@ bulan januari ni. doakan kitorg ye.
sekian, wallahu’alam
Posted in Current Affairs, thoughts | | |
2 Responses to ' imtihan '
Leave a reply
Qamar
Renungan hati...
Recent Posts
Categories
- 5 minutes with… (3)
- cinta (11)
- Current Affairs (22)
- Games (1)
- Mimpiku (2)
- Music (4)
- my view (2)
- thoughts (32)
- Travel (4)
- Uncategorized (8)

on December 23rd, 2008 at 3:25 p12
tazkirah untuk diri2 yang terus leka.
on December 25th, 2008 at 3:25 p12
insyaAllah=)